GLENMARIE HOTEL & GOLF RESORT

GLENMARIE HOTEL & GOLF RESORT

Checkin/out: 9/2/2024-10/2/2024
Bilik : Deluxe King Room
Harga: Free sbb husband dpt complimentary stay voucher (Dekat Trip.com around RM 300++) 

Parking ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Terdapat banyak parking di hadapan Lobby hotel.

Check-in: ⭐⭐⭐⭐⭐
Proses check-in cepat, sambil tunggu husband berurusan di kaunter, boleh chill2 duduk di sofa sambil bergambar. Terdapat banyak sofa di lobby hotel ni jadi bila ramai tak ada lah berebut tempat duduk. Saya sangat menyukai design lobby yang cantik berasaskan kayu dan lobby juga sangat luas dan selesa. Dapat welcoming drinks yang sangat sedap.

Cons: Lobby jenis terbuka, tiada aircond jadi sedikit panas bila tengahari. Semasa checkin tiada staff/bellboy yang tolong angkat luggage & brg😌
Saya ada baby jadi susah kalau brg banyak. 

Bilik: ⭐⭐⭐⭐⭐
Saya sangat menyukai design bilik, berasaskan kayu juga. Semua perabot baru. Sangat cantik. Size katil dan bantal sangat besar.Bantal pun empuk ada firm dan soft. Bilik luas dan memang selesa. Aircond pun sejuk.Bilik sangat bersih. Oh ya,TV besar, siaran TV sangat cantik dan gambar clear dan sangat HD, selalu pergi hotel siaran TV mesti hidup segan mati tak mahu🤣
Cons: Tak dapat view golf course🙁 Dah request tapi bila check-in staff inform dah penuh. Mungkin sbb saya check-in lewat.

Bilik air: ⭐⭐⭐⭐⭐️
Bilik air luas dan bersih. Tekanan air laju. Toilet pun ada bidet. Toiletries semua lengkap dan sangat wangi. Tuala, kain lap muka semua ada.

Sarapan: ⭐⭐⭐⭐⭐
Pilihan makanan yang banyak, Nasi Lemak rendang ayam sangat sedap. Coffee machine ada 2. Staff di restaurant sangat attentive. Makanan sedap dan tak crowded. Suasana restaurant sangat cozy.

Pool: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Pool ada 2, adult and kids. Pool kids ada gelongsor. Pool sangat bersih. Di kawasan Pool aada mini taman mainan kids.

Check-out: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Proses check-out cepat. Saya request late check-out pukul 1 pm & dpt. 
 
Overall: ⭐⭐⭐⭐
Overall saya sangat berpuas hati stay di hotel ni dan akan repeat stay di sini Glenmarie Hotel & Golf Resort😊

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama