SWISS GARDEN HOTEL, GENTING HIGHLAND, PAHANG (Lokasi di OSK property berdekatan GEO Resort)
Check in : 08/12/2023 (Jumaat)
Check Out : 09/12/2023 (Sabtu)
Booking di apps Trip.com
RM247.00 (termasuk 2sarapan dewasa) + Fi Kelestarian RM3 (tiada deposit)
Deluxe Twin Room. Request siap-siap 'nak higher floor with mountain view'. Dapat Blok D, tingkat 31, bilik No.10 dengan view bangunan atas genting highland. Bilik luas, lengkap dgn mini peti ais, safety box, iron & iron board, tea/coffee, toiletries, bantal banyak... pemandangan menarik, dan kedap bunyi.
Pool 🏊♀️ - heated rooftop pool untuk dewasa & kanak-kanak di tingkat 41. Cuma pool ini berada di antara wing C & B. Perlu naik ke facilities access floor level 32 &berjalan sikit untuk ke lif blok A & naik lif akses ke tingkat 40. Daftar di tingkat 40 & lepas tu baru dibenarkan ke tingkat 41. Swimming pool buka jam 7pgi - 10malam. Tuala tidak disediakan. Disyorkan bawa bekalan makanan / minuman / pakaian kering.
Parking mencukupi & percuma. Perlu validate parking sebelum keluar.
Sarapan di The Garden Terrace, Tingkat 5 dari jam 7-10pagi (harga bilik incl 2sarapan & saya tambah sarapan 1kanak² RM24) - Menu Lengkap... ada main station, noodle station, egg station, fruit & salad station, bread & pastries station, vegetarian station, juice & coffee. Layanan staff cafe sgt baik, makanan sedap & sentiasa ditambah.
Tempat OOTD📸 - Tempat OOTD menarik sekitar rooftop pool & garden di tingkat 5 bersebelahan The Garden Terrace.
Overoll sy berpuas hati & berbaloi menginap di SWISS GARDEN GENTING HIGHLAND.
Recommended & sangat sesuai utk berehat / staycation selepas penat bermain di taman tema genting highland.
Disertakan gambar & video yang sempat saya snap...
Sekian, review saya...