ST REGIS KUALA LUMPUR
Hai dan Assalamualaikum semua. Jumpa lagi untuk review seterusnya (rasanya ni last lah utk 2023)Terima kasih admin approved. Terima kasih yang sudi baca review2 saya sebelum ni. Review dari pandangan peribadi ya.
Check in : 19/12 -20/11/2023 (2D1N)
Booking melalui : Marriot Bonvoy
Jenis bilik : Guest Room 2 Queen City View
Harga : Harga semasa range 1k++/nite. Saya redeem FNA worth 35k points (Free Nite Award) jadi tak perlu bayar apa2.
Kebersihan : ⭐⭐⭐⭐⭐
Facilities : ⭐⭐⭐⭐⭐
View : ⭐⭐⭐⭐
Staff : ⭐⭐⭐⭐⭐
Hotel ini rasanya tak perlu pengenalan sangat dah kot ramai dah tau kan dan ramai dah review, terletak berhampiran KL Sentral. Tapi kali ni saya nak review dari pandangan rakyat marhein yang tak biasa stay di hotel mewah sebegini sebab saya orang kampung ja. Ok jom start.
Sampai sahaja di perkarangan hotel sekitar jam 1 tengahari ade laluan khas ke lobby hotel dan residen, ade guard akan cek kereta, bawah kereta, bonet (macam nak detect bom kot) kejap je pastu da clear terus ke lobby. Concierge laju bukakkan pintu kereta welcoming guest dan ambil luggage. Urusan checkin lancar tapi saya diberitahu bilik belum ready sebab saya ade request untuk birthday deco. Sementara tunggu bilik ready kami dibawa sekitar hotel. Staff sangat membantu, sentiasa greet guest dan senyum. Kami duduk sebentar di poolside sementara menunggu bilik siap. Tak lama pun 15minit camtu ade staff datang ke pool dan beritahu bilik dah sedia dan bawa kami ke bilik. Luggage dah tersedia dalam bilik. Ada servis unpack luggage tapi saya minta butler jangan unpack luggage, segaaannn 😁😁
Untuk yang bawa kenderaan sendiri di sini parking disediakan percuma untuk in house guest. Hanya perlu validate kad parking di front desk setiap kali nak keluar dari parking. St Regis juga menyediakan shuttle percuma untuk drop dan pickup guest dari/ke KL Sentral.
Luas keseluruhan bilik ialah 63sqm/678sqft sangat luas dan selesa untuk kami sekeluarga. 2 katil queen boleh muat 2 orang setiap katil. Juga terdapat 3seater sofa. Working space agak luas lengkap kerusi meja dan terdapat juga beberapa buku2 disediakan di ruang kerja.
Bilik ini terbahagi kepada 3 bahagian utama, ruang closet di sebelah kanan, dan tandas/ruang mandi di sebelah kiri, dan ruang utama iaitu ruang tidur dan menonton. Ini pengalaman pertama saya stay di hotel yang ruang walkin closetnya cukup besar. Closet dan bilik air ada pintu masing2. Yang bestnya pintu self closing. Setiap kali kuar masuk tu hanya tarik sikit nanti die akan closing rapat sendiri. Ruang closet luas terdapat meja solek, dan cermin yang besar, ruang luggage, safety box, dan ruang untuk gantung pakaian. Ruang bilik air pula shower dan tandas berasingan, dan terdapat juga bathtub dan ada tv kecil. Seronok anak2 berendam sambil tengok kartun. Tandas adalah automatik sepenuhnya. Tiada hand bidet ya. Toilet bowl ade sensor setiap kali masuk ruang tandas lid akan terbuka. Walaupun tandas sebegini tak biasa guna harian tapi button2 tu jelas dan mudah je gunakan.
Bilik bersih. Katil selesa, bantal pun selesa. Tapi pandangan peribadi saya 'Heavenly Bed' di Westin lebih lembut dan 'tenggelam' kalau baring tu. Hanyut rasa 😂 tapi di sini pun ok selesa ja cuma perbandingan sahaja. Tersedia 8 bantal dalam bilik, dan 1 spare di dalam closet. Saya request extra blanket untuk anak. Curtain automatik ada button untuk buka dan tutup langsir. Iron board and iron tidak disediakan tapi boleh minta butler ironkan baju limited 4 pcs sehari. Sejadah tidak disediakan di dalam bilik dan boleh request nanti akan dihantar ke bilik. Untuk inhouse guest juga disediakan complimentary drinks. Boleh order melalui telefon atau app. Saya gunakan chat di app sahaja untuk order air. Setiap kali order, akan ade butler yang hantarkan air ke bilik. Servis ni 24jam ye nak minum latte jam 2pagi pun boleh order dan tiada had boleh order seberapa banyak pun. Ini pun pertama kali merasa servis sebegini. Berkali2 juga saya tanya betul ke unlimited sebab pernah baca review2 sebelum ni limited 4 gelas sehari. Rupanya sekarang dah unlimited, boleh je nak order bila2 masa. Saya tak pasti hotel2 luxury yang lain juga sediakan servis begini atau tak. Turndown servis juga disediakan. Boleh request nak minta pukul berapa, nanti housekeeping akan kemaskan katil sebelum tidur.
Kolam renang berada di tingkat 6, gym dan spa juga di tingkat yang sama. Gym dibuka 24jam, manakala kolam renang dari jam 7pagi hingga 7malam. Pool tak asing ye dewasa dan kanak2 sekali je tapi ade kawasan kedalaman berbeza. So kene make sure anak2 tak tersilap langkah termasuk ke bahagian yang dalam. Poolside selesa untuk monitor anak2 mandi banyak ruang duduk disediakan. Nak rehat duduk2 saja pun boleh agak selesa disitu. Kids club bersebelahan pool tapi ade dikenakan cas.
Urusan checkout lancar hanya drop keycard sahaja. Invoice dihantar melalui email.
Keseluruhannya, saya sangat suka facilities yang disediakan di hotel ni. Environment dan dekorasinya bertepatan dengan status Luxury Hotel. Servis dan staff2 juga top notch pada saya yang tak cerewet ni. Tapi taktau lah bile dapat merasa lagi. Staycation kali ni pun tak pernah berangan pun sebelum ni sebab tau hotel ni mahal ☺️ Rezeki dapat duduk percuma.
Itu sahaja untuk kali ni. Terima kasih sudi singgah baca review saya.