Olympic Hotel Malaysia, Kuala Lumpur

Olympic Hotel Malaysia, Kuala Lumpur

Check in : 26 November 2023
Check out : 27 November 2023
Jenis Bilik : Junior Suite
Harga : RM124.68/ malam
Security deposit: RM100

Dah lama viral pasal hotel ni sebab ada bilik yang kids friendly tapi harga murah. Kalau off peak harga excl tax memang boleh bawah RM100 walaupun untuk Junior Suite. 

Parking & Check-In :

Hotel ini terletak di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM). Jalan ini biasanya kurang sibuk melainkan waktu pergi & balik sekolah disebabkan ada beberapa sekolah disini. 

Walaupun kurang sibuk, tetapi ia sebenarnya terletak di tengah Kuala Lumpur. Nak jalan kaki atau bawa kereta ke mana-mana senang je. Tapi lebih mudah menaiki MRT sebab pintu A stesen MRT Merdeka betul-betul di depan hotel. 

Kalau nak bawa kereta jalan-jalan pun tak apa sebabkan parking rate adalah per stay, bukannya per entry. Jadi boleh keluar masuk banyak kali. Bagi hotel guest, kadar adalah RM6 PER STAY. 

Untuk check-in, hotel ini betul-betul tunggu jam 3. Tak kisahlah bilik anda dah siap atau belum, anda perlu menunggu jam 3 baru boleh check in. Tak sama macam beberapa hotel lain yang membenarkan check-in awal jika ada kekosongan.

Satu lagi kelainan adalah deposit hotel. Mereka hanya menerima CASH SAHAJA. Jadi, pastikan anda membawa CASH untuk diberikan kepada pihak hotel sebagai DEPOSIT.

Deposit menggunakan kad tidak diterima.

Bilik : 

Bilik yang kami tempah adalah bilik JUNIOR SUITE. Katil bersaiz queen. 

Saiz biliknya okay, ada lah ruang nak memusing-musing dalam bilik. Tapi tiada peti ais ya. 

Yang menarik perhatian adalah Smart TV yang mereka gunakan. Pun begitu, hanya ada youtube sahaja dan internet pula sangat slow. Jadi, tak boleh tengok pun. 

Tiada telefon di side table. Mungkin kerana ini bilik untuk kanak-kanak, jadi mereka tak mahu kanak-kanak bermain dengan telefon. Sebaliknya, mereka menyediakan QR untuk whatsapp. Bagus juga. 

Tandas entah kenapa rasa macam kurang bersih. Tapi kat dalam ada step stool untuk kanak-kanak.

Ada juga satu peti barangan di atas meja. Di dalam peti tersebut adalah barang-barang yang dijual melalui aplikasi. Selepas anda membuat pembayaran dalam aplikasi, baru boleh buka peti tersebut untuk mengambil barang yang dibeli. Barang apa? Kami tak tahu. 

Kebersihan secara keseluruhan okaylah, sekali pandang tak nampak apa. Tapi kalau selak tirai, selak sini sana memang nampak la tak dibersihkan. Biasalah tu. 

Katil tak berapa empuk. Tapi, mengenangkan harga yang dibayar, kami okay saja.

Pasal ruang tidur kanak-kanak tu, okay jugak. Kalau duduk dalam tu waktu biasa memang terasa agak panas, tapi bila tengah malam waktu yang sangat sejuk tu, bahagian tempat tidur kanak-kanak terasa just nice. 

Sarapan & Makanan : 

Kami tak ambil sarapan tapi kami berkesempatan makan di restoran mereka sebelum check-in. Pada kami, dekorasinya agak menarik, harganya tidak terlalu mahal seperti hotel lain dan rasanya boleh tahan, sedap juga. 

Keseluruhan : 

Dengan harga sekitar RM90-RM150, kami jamin anda akan berpuas hati dengan keseluruhan hotel dan bilik ini. Kami sendiri boleh berikan kepuasan 4/5 dengan harga sebegitu.

Tapi kalau peak season, anda tengok hotel ni dengan harga RM200+++, mungkin tidak berbaloi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama