Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Date : 17/12/2023
Room: 1 Bedroom Suite with breakfast
Rate: Matta fair voucher RM250

Before this dah pergi Bertam Resort tapi bila stay kat sini, rasanya lagi worth to stay here.

Check in: Proses sangat smooth sebab guna sistem nombor. Hotel ni dia dh bersedia dengan kapasiti pengunjung ramai. Kaunter pun ada banyak. Memang laju sangat. Staff very helpful✌️ kat area lobi ada clown bagi belon kat anak2. Lepas check in, boleh main wheel of fortune sbb masa ni hotel ada buat funfair sempena school holiday. 

Room: Kawasan resort ni sangat besar. Ada 8 blok bangunan kot. Tapi jangan risau, buggy kat sini sangat laju dan efisien. Nak ke blik atau mana2 guna buggy je. Parking pun senang. Memang dia bagi dekat dengan bilik. Sangat sistematik🤗
Bilik kami di blok A. Level paling bawah. Depan bilik water theme park. Senang nak ke situ. Jalan beberapa langkah je. Bilik sangat luas. Jenis duplex ada ruang tamu. Aircond ada dua dan juga disediakan stand fan. Bilik sangat bersih. Boleh tengok video dan gambar. Cuma tangga kat sini agak bahaya untuk kanak-kanak. Bilik air ada bath tub. Amenities siap ada pinggan, microwave. Cukup lengkap semuanya. 

Facilities:
Kami tak keluar ke mana2 pun. Dalam resort ni semua ada. Swimming pool besar, ada area funfair, anak2 boleh main macam2. Petang2 boleh ke pantai yang cantik kat belakang hotel je. Makan malam tak payah pening sedap ada seafood restaurant dalam ni. Cepat dan sedap makanan kat sini. Seafood semua fresh. Lepas dinner ke funfair. Seronok macam2 mainan ada. The next day , kami main di water theme park. Best. Sesuai dengan anak kecik. Ada lazy river guna slide dan anak2 boleh naik skali. Area waterpark ni ada lifeguard. Ada kawasan playground dan juga mini zoo

Breakfast: Banyak choice dan tempat breakfast sangat besar. Memang sesuai walaupun ramai orang. 

Staff: sangat membantu dan friendly. 
Staff kat sini ramai dan senang nak complaint apa2. Tapi sepanjang stay, takde masalah apa2 pun. 

For me, resort ni lagi worth dari Bertam. Harga pun marhaen. Sesuai dengan trademark hotel ni, "resorts for all reasons"

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama