ALOFT LANGKAWI PANTAI TENGAH
Tq approve admin ☺️
Tarikh menginap : cuti Maulidur Rasul 28.9.23-29.9.23
Jenis Bilik: Garden View, 1 King bed & 2 single bed
Booking guna Marriot Bonvoy App+government rate
Price rate: RM 900++per night , termasuk breakfast untuk 4 orang
Location ⭐️⭐️⭐️⭐️
- Dekat Pantai Tengah. Kalau nak keluar makan atau jalan2, kedai tak banyak. Tetapi agak dekat dengan Pantai Cenang dalam 5-10 minit okla kan. Layan seafood malam2 di Langkawi memang best.
Lobby & Check in ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
- Lobby besar, modern design, banyak sofa boleh duduk dan selesa, siap dengan "welcoming drink" 😊
- Proses check in lancar dan cepat 5-10minit sahaja. Mungkin tak ramai orang masa tu.
- Deposit: RM 200
- staff semua sangat friendly
Room ⭐️⭐️⭐️ ⭐️⭐️
- Kami request for simple pre-anniversary deco .. hotel team memang bagus layan je 👍
- Size bilik sederhana. Tapi nampak luas sebab kami ambil connecting rooms.
- Katil dan bantal sangat empuk. Tidur memang lena.
- Ada kerusi dan sofa, TV besar dengan standard saluran Marriott hotels.
- Kettle, minuman kopi dan teh 2-in-1 dan paket gula disediakan.
- Soft drinks semua percuma dalam fridge bilik
Note:
Aircond akan auto shut off kalau pintu balcony dibuka untuk waktu yg lama.
- View dari bilik = garden
- Balkoni & bean bag disediakan. Best santai petang sambil mengopi ☕️
Bilik Mandi, wardrobe, safety box
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
- Bilik mandi sangat luas. Ada wardrobe (dengan cermin besar), hair dryer, Iron, safety box, make up mirror. Body wash, shampoo & conditioner sangat wangi dan sedap dipakai. Pelbagai toiletries disediakan. Kalau nak minta extra item boleh request via Marriot apps saje.
Breakfast @ Nook Restaurant
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
- Pilihan sangat banyak.. ada makanan melayu, chinese, Indian western..
- makanan sedap2, Alhamdulillah puas hati dan menepati citarasa
Pool, gym, kids activities room
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
- Semua dekat tingkat 3.
- Gym 24 jam. Banyak aktiviti boleh dijalankan. Nak masuk kena pakai access card.
- Jadual waktu untuk kids activities dipaparkan sebelah lift lobby
- Infinity pool sangat best tepi Nook Restaurant. Anak-anak memang enjoy Sebab takde orang langsung time kami swimming pagi.
Car park
⭐️⭐️⭐️
- Parking tepi lobby. Agak gelap di waktu malam.
- Limited spaces
Recommendation
⭐️⭐️⭐️⭐️
8/10
Value for money and nice hotel for travelling with family.
Kalau ada rezeki nak datang lagi dan nak cuba Sea view next time.