View selambak Klcc Traders Hotel, Kuala Lumpur

View selambak Klcc
Traders Hotel, Kuala Lumpur

30-31 August (1 malam)
Deluxe Twin Towers View room 
Rm345.21 (Booking kat apps Hopper) 
-
👩‍💼Checkin: Checkin kat level 1, pukul 2ptg, ambik masa 10-20 minit sebab guest ramai. 
-
🚪Keluasan bilik 32m² , amenites mencukupi, bilik dlm keadaan bersih. Boleh saya katakan perabot di hotel nampak sedikit usang. Toilet dlm keadaan bersih, ade bathtub. Toilet bowl tanpa hos.
-
🏊🏻‍♂️Kolam renang terdapat di tingkat 33, sekali dengan skybar. Lepas pukul 7mlm, hanya 21 tahun sahaja dibenarkan berada di situ.
-
📍Location: Walking distance ke Suria Klcc, berhadapan taman Klcc, ade buggy disediakan, tapi pd 30/8 tu, servis buggy sampai 5ptg shj sbb ade event ambang merdeka kt depan suria Klcc. So tak berkesempatan nak guna buggy, jalan kaki je pegi lepak2 & makan kt suria klcc.
-
✅Secara keseluruhan, hotel ni bagi sy biasa2 je, mgkin lebih kpd view Klcc shj, kalau nk dibandingkan dgn Sunway Putra Hotel yg sy pegi sebelum ni, sy lagi suka ambience kat sana...Sebab sy pilih hotel ni tujuan utama nak rase experience tengok bunga api kat klcc tu 😁
-
✅Di sini saya sertakan sekali gambar & video

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama