At The KL Journal — Day2 in kl sempena cuti hari kemerdekaan
Dari ibis ke journal plak
Kenapa nak tukar2 hotel? Sbb xmau bosan dan paling penting ada pengalaman menginap tempat yang berbeza. Nak review hotel ne plak
🛖The KL journal hotel
-terletak di bukit bintang
-hotel bertaraf 4⭐️
-sudah 8tahun beroperasi
-booking melalui air asia rm248 tanpa breakfast
-sampai dalam pukul 1010am agak awal( plan mmg just nak drop luggage dan pergi bersiar area bukit bintang) sbb pengalaman dari ibis hotel dpt staff yg kekwat tu tetap ckp check in time pukul 3pm.
-check in proses di journal kali ne dapat staff melayu perempuan yg tersangat berbudi bahasa. Dia kata bilik ada yg available encik boleh terus check in Xperlu drop luggage. 1020am dah dpt kunci bilik rezeki.
-lobby dia agak sempit
🛖Bilik
-jenis bilik deluxe king room
-keluasan bilik luas 28m2
-kebersihan 9/10
-semua amenities lengkap, iron xada kena request
-bilik air luas dan bersih
-modern design and minimalist
🛖kemudahan
-parking available rm10, limited pada 12 space sahaja
-swimming pool kecik ja
-bfast x ambik so xleh nak komen
🛖persekitaran
-location yg amat strategic berdekatan dengan pavilion, sungai wang, plaza low yat
-tempat mkn yg recomended Nasi Kahwin Hari-Hari(lunch), Boleh Seafood Pot Jalan Alor(dinner), Nasi Lemak Alor Corner(breakfast)- walking distance
🛖value for money
-hotel ne win pada location yg strategic
-recomended untuk semua jenis percutian honeymoon, family or kawan2
-semoga bermanfaat