Hotel Mesra Poket Penjawat Awam

Hotel Mesra Poket Penjawat Awam

Thank admin https://dulich.reviews shared

Hotel Avillion Cameron Highlands.

26-27 Ogos 2023.

Bilik luas. Semua peralatan asas ada. Bilik menghadap taman permainan. TV pon besar. Meja makan, meja untuk buat kerja pon ada.

Untuk penjawat awam, boleh dapatkan less Rm90. Booking direct call hotel bagitau penjawat awam. Sampai hotel boleh tunjuk kad NUTP. Kalau takde kad NUTP, boleh tunjuk HRMIS atau slip gaji yang menunjukkan korang penjawat awam.

Masa sampai kat kaunter, saya dapat less lagi Rm20. Hotel bagi harga weekdays walaupun booking time weekend dan cuti sekolah. Total harga yang saya kena bayar lepas less Rm280.

Semua harga ni termasuk breakfast. Makanan sarapan pagi sedap. Korang kena cuba rendang ayam dia. Teringat-ingat sampai sekarang.

Hotel atas shopping mall dan area Pasar Malam Tanah Rata. Boleh jalan-jalan area sini. Kedai makan pon banyak. 

Kat sini ada servis order produk Cameron Highlands. Caranya isi form yang disediakan pihak hotel, nanti esoknya staff hotel hantar strawberry ke jagung ke teh ke yang korang order kat bilik hotel. Jimat masa tak menghadap jem 😆

#AiniNoraini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama