TRADERS HOTEL, KL
Tarikh : 29-30hb Jun
Harga : RM903/malam termasuk sarapan (2 adult + 2 kids)
Booking. : Agoda
Jenis bilik : Twin Towers View Suite
Deposit. : Tiada
Assalamualaikum, dah lama tak menulis dalam ni. Tomato layot pon dah 1y 10m umurnya. Staycation kali ni paling tidak dirancang. Check in pon dah lewat petang. Asalnya dah lama keinginan nak tido sambil tengok KLCC membuak2. Bila tgk harga bilik, garu kepala jap. Lepas tu tak nak kalah pulak nak booking yg jenis suite. 🤣🤣🤣 Pepaham ler anak gamai tak boleh bilik kecik. Nanti berlaga dagu pulak. Aaaaaaahhhh…tu semua alasan bak kata laki aku. Sebenarnya selera yang menggunung tinggi. Tak pernah booking bilik hotel semahal ni sebelum ni. Botak cepat la laki aku gamaknya😅
.
Proses check in sangat lancar. Setiap pertanyaan dijawab dengan jelas. Dekat lobby waktu check in ada disediakan welcome drink. Anak5 aku minum sikit lagi nak tinggal separuh balang😌. Untuk bilik jenis suite, boleh tahan besar walau aku pernah dpt suite yg lagi besar & gah siap ade bar & kitchen cabinet serta coffee maker dalam bilik tp harga hanya RM250 je kat Pullman, Putrajaya. Cume view kat Pullman biasa2 je la.
.
Bilik pertama aku dapat tak berapa syiok sikit sbb cermin view KLCC kotor teruk. Jadi request untuk tukar bilik. Hikmah agaknya dapat bilik yg lagi best sebab katil mmg directly boleh mengadap KLCC. Bilik sebelum ni katil die mengadap bangunan tak siap😌😌. Nnt dalam video masa masuk bilik lain, tapi gambar waktu malam kat bilik lain.
.
Dalam bilik ade katil super king, sofa bed, bathtub, 2 buah tv, mini esbok, kettle, iron. Cuma yg kurang syok, batang paip tak ada dekat jamban😅😅. Extra pillow boleh request semasa check in. Complimentary juga evening cocktail start dari pukul 5pm-7pm. Kalau nak ngeteh2 kopi boleh naik tingkat 32 start dari pukul 6.30pm-11pm. Evening cocktail die serius best. Ade spagetti, udang bakar, kek, buah. So kalau tak nak makan malam pon tak ada hal sbb dah cover makan petang. Cume aku tak boleh tak makan malam sbb ade anak6. Dorang ni kalau kebulor, emosi terus tak stabil. Bila emosi dorg kelaut, kang aku pulak bertukar jd hijau.
.
Kalau nak pergi KLCC, ade 2 pilihan, jalan kaki atau naik buggy. Service buggy start dari pukul 10am-10pm kecuali waktu hujan tiada service buggy disediakan atas faktor keselamatan. Kalau jalan kaki jauh tapi sesuatu sbb boleh lalu lorong direct ke KLCC. Lorong bawah tanah tu best kalau bawak anak2 sbb ade gambar 3D bergerak sepanjang lorong. Naik buggy pon best. Terasa mcm kayangan betul ade org hantarkan kite seberanak sampai depan tangga KLCC. Bukan senang nak dapat pengalaman ni tau. 😂😂 Kemain berlagak muke aku masa naik buggy. Kembang kempis kembang kempis idong nak tunjuk rasa berlagak tu.
.
Waktu booking, aku remark its my birthday staycation. Masa masuk bilik tibe2 ade belon sebiji & cupcake red velvet 4 ketul yg sedap & moist. Terasa diri begitu berharga. Ehhhh…😅 Lupe cerita pasal parking. Parking hotel ade kat basement & kene masuk yg ada 2 palang. Palang pertama ambik tiket, lepas tu pergi pulak palang seterusnya masukkan tiket yg dpt daripada palang pertama td. Haaaaa pening kan..mmg mcm pening2 sikit tapi tak pe sebab lepas tu boleh telan panadol. Nanti kat kaunter check in die tanya masuk 2 palang ke tidak? Jadi pastikan masuk yg dua palang ye sbb tu parking hotel.
.
Sarapan hotel ada 2 tempat. Di tingkat 5 & tingkat 32. Tingkat 5 mmg banyak sangat makanan. Ade sushi, nasi lemak bungkus, pastry, port mee berkuah, nasi goreng, salad, jus buah yg purely made dekat situ. Semua best2. Meja aku mcm biasa, mcm seller jual makanan, penuh meja dgn segala mak nenek makanan. Riuh rendah tu jgn cakap. Anak5 aku punya suara, 8 batu nortika pon boleh dengar dorang cerita ape. Cume kat tingkat 5 xde lah view KLCC. Kalau nak rasa minum kopi sambil tgk KLCC boleh naik tingkat 32. Cume sarapan kat situ tak variety. Kolam renang ade kat tingkat 33.
.
Proses check out pon smooth tanpa sebarang kejanggalan. Kalau nak cuci mata, boleh tgk video & gambar yg aku kepilkan. Maaf karangan terpanjang pulak. Terima kasih sudi baca 🥰🥰.
Tags:
kuala lumpur