Assalammualaikum, sedikit review hotel dari saya.
Hotel : Pulse Grande Hotel, Putrajaya
Check in :25hb-27hb July 2023 (3hari 2mlm)-selasa -khamis
Bilik : King Room with hill view
Harga : RM 500++ (tak termasuk breakfast) tambah kat hotel rm40/pax
Pool pun luas, takde orang mandi sebab pergi masa orang kerja kan 🙃
Semua saya bagi 5/5 🌟🌟🌟🌟🌟
Bilik luas, wangi. Staff sangat friendly, nampak je customer keluar dari lif or pintu, senyum aje.
Sarapan pun 5🌟🌟🌟🌟🌟, ada nasi lemak, kuehtiau goreng, bubur nasi, cekodok, popia, keropok lekor, kuih muih, roti canai, roti tampal, mee hailam, dll, mcm2 lain tak ingat dah, 🫣
Cuma parking agak jauh, tapi hotel ada sediakan buggy, staf hotel akan pickup dan hantar kat kereta or lobby.
Hotel betul2 terletak kat atas bukit, dekat dengan Taman Putra Perdana (Putrajaya Secret Garden) so malam-malam boleh round kat taman ni, cantik banyak lampu.
Selain tu, hotel ni dekat dgn tempat2 yg saya nak pergi -masjid putra, Astaka Morocco, Putrajaya steps dan lain-lain
Next kalau ada rezeki nak repeat lagi hotel ni ☀️