Lexis Suites Penang 🏝️
Executive Pool Suite
5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ hotel
Check in 24/7 - 25/7
Rate : RM470 included breakfast for 2 person
👇🏻 check sini untuk promo menarik sepanjang tahun.
Proses check in pantas. ✅ depo RM200
Parking : parking dalam building. ada byk. drp level 2 sampai level 7.
Bilik & toilet: bilik sangat luas, ada 2 katil super queen. Kami stay kat tingkat 22. gayat. 🤣 lepas tu tukar level 13. Private pool sesuai utk anak2. kedalaman 1.2 meter sahaja. sila bawak pelampung sendiri. kalau lupa bawak, boleh beli kat kedai runcit depan hotel.
2 bilik air (1 toilet, 1 bilik mandi + bathtab). ada bilik steamroom (bilik sauna lah gamaknya) opkos lah ada private pool. tiles agak licin. so pastikan kaki kering dan pakai seliper ye. Seaview.
Lokasi :
Terletak di Teluk Kumbar. depan hotel ada kedai runcit Mamak yang buka sampai pukul 1/2 pagi. betul2 depan hotel ni masih lagi deret kedai kayu. Pinggir pantai tapi pantai sini tak nice sangat nak mandi manda. better pergi pantai Batu Feringhi ke Tanjung Bungah ke. sana cantik 👍🏻 Kalau nak beli jeruk Pak Ali pun ada je kedai berhampiran.
Kebersihan :
Bilik dan whole hotel memang sangat bersih.
Kemudahan lain :
Sila bawa anak2 ke level 8. kat situ ada indoor playground. ada tv siar siaran kartun jgk. sesuai bawak anak dari usia 2 tahun hingga 12 tahun. sambil2 tunggu anak boleh main congkak ke catur ke. indoor activities yg free ada byk. ada swimming pool jgk.
Selain tu, ada Spa, Pusat karoke, boleh sewa PS4, opkos ada bilik gym yg gah. yang nak memancing pun boleh sewa joran.
Sarapan :
sarapan start 6.30 pagi sampai 10.00 pagi. variety of food. sushi pun ada. omellete cheese dia sedap. wajib cuba.
Overall, sangat berpuashati. So far semua hotel Lexis ni worth to pay.
Tq Admin approve post ni dan terima kasih semua yang membaca.😊
Tags:
penang