Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua warga Hotel Review Malaysia
KSL ESPLANADE HOTEL & MALL KLANG SELANGOR
Masa : 22/7 - 23/7 ( 2D1N )
Booked : Booking.com
Room : Superior King
Harga : RM220 include breakfast 2 pax. Harga lebih murah kalau book awal. Perhatikan harga di website hotel boleh dapat murah dari agoda,trip, booking
Check In 10⭐️
-Saya masuk ke lobi bau wangi harum semerbak. Check In laju , front desk mesra alam. Kat lobby juga ada welcome drink serta 7E. Kawasan lobby ada banyak meja kerusi. Boleh santai2 situ sebelum masuk bilik.
Parking 9⭐️
-Parking kereta agak Selamat di tingkat 3. Boleh juga park di depan mall. Kalau park di tingkat 3 ok juga Sebabnya security ronda dengan basikal electrik. Saya anggarkan setiap 5 minit akan pusing floor tu. Parking masih free setakat ini
Bilik 9⭐️
- Masuk bilik saya terkejut cantik bagi saya. Barang2 masih baru. Bantal 2 besar 2 kecil. Boleh tengok gambar2 yang saya share. Cuma pada masa stay bilik air berbau tapi pihak maintainance uruskan dengan pantas. Terbaik staff maintainance. Pihak hotel offer tukar bilik saya tolak sebab bau dah tiada.
Pool/Playground/Gym 9⭐️
- Pool ada 2 satu dewasa dan 1 kanak2. Kedalaman pool dewasa 1.2m. Luas & puas hati kalau anda nak berenang kuak lentang. Nak backflip ke ape. Tapi satu jela view bumbung mall. Level pool juga ada playground, gym, restoran breakfast. Boleh tengok gambar saya share🤣
Breakfast 5⭐️
- Breakfast saya terpaksa bagi rate rendah sebab tak kena dengan tekak. Masa saya pergi tu yg sedap bagi saya mee goreng. Nasi lemak, nasi goreng tak kena dengan tekak saya. Western corner ok bagi saya. Maaf kepada pihak pengurusan. Anda boleh pertingkatkan lagi mutu breakfast.
Dinner 10⭐️
- Makan malam jangan risau. Sebelah hotel ada mall. Dalam tu macam2 ada. Sebelah bangunan mall/hotel ada Mcd serta Family Mart serta ada dua 3 kedai lagi. Jalan kaki saja. Maaf tiada gambar waktu malam area mcd. Memang best ada pertunjukan air pancut tepi mall.
View 9⭐️
-View masa stay view tanah lapang. Cantik juga. Boleh tengok gambar saya share.
Overall 9⭐️
- sudah semestinya saya akan repeat hotel ni tapi tidak akan ambil sekali pakej breakfast. Boleh pergi makan pagi kat Mcd, Family Mart or 7e. Takpn tunggu mall buka breakfast kat dalam mall.