Review Ideas Hotel, Kuala Lumpur

Ideas Hotel, Kuala Lumpur

Untuk staycation KL, kami decided untuk stay hotel dekat tengah tengah KL, betul betul depan bangunan mara, walking distance dengan sogo dan stesen LRT laluan ampang. Hotel 4 bintang, dan kalau compare dengan geng geng dia, dia antara yang paling murah. Memang nak cari pool yang ada pool budak sebab nak bawak anak mandi kolam, dengan jalan klcc peegi petrosains 😬

stay : 11-12 may (khamis-jumaat), asalnya book 2 malam
bayaran through trip.com, harga 413 2 malam. kalau without breakfast boleh dapat less than rm350 untuk 2 malam dekat agoda. tapi nak breakfast sebab orang cakap sedap

Room : Signature double (279m²)

✅Check in
⭐⭐⭐⭐⭐
Payment dah settle awal awal. takde deposit setakat ni. kunci satu je dia bagi tapi tak payah guna kad nak on suis bilik.

✅Lobby
⭐⭐⭐⭐
Cantik. tak terlalu besar, Kafe dia located sebelah lobby je. 

✅Bilik-Interior/Cleanliness/Amenities
⭐⭐⭐⭐⭐
Salah satu sebab nak hotel ni, sebab design dia sangat up to date. pemilihan tiles yang cantik, in trend, dengan pemilihan warna yang bold. sesuai dengan jiwa orang muda muda, dan yang tak berapa nak muda macam saya. 
mungkin sebab hotel baru renovate. jadi memang tak ada la daki habuk ke.
cermin cantik peti ais pun cantik. merah menyala peti ais dia. benda benda simple yang buat orang check in happy  

basic amenities semua ada. kettle ada,
iron board dan iron ada dalam bilik. bilik ni tak carpeted.

✅View from room
⭐⭐⭐
view bangunan bangunan yang tinggi dengan sungai. KLCC ke KL tower tak nampak ye. 

✅Toilet-Cleanliness/Toiletries
⭐⭐⭐⭐⭐
Bilik ni tak ada bathtub tapi basic amenities macam sabun, shampoo conditioner, lotion ada. , berus gigi semua ada macam biasa
ada water hose boleh guna toilet dengan tenang. 
water pressure pun kuat.
tiles toilet dia pun cantik.

✅Wifi / Line telefon terbaik atau tiada signal?)
⭐⭐⭐
wifi ada tapi dari bilik kitorang, tak berapa nak laju. boleh lah tengok movie tak tersangkut sangkut tapi nak tengok instagram laju laju sadis sikit la nak tunggu loading. 
tapi kalau mobile data laju je. 

✅Makanan
⭐⭐⭐⭐⭐
tak try room service. range harga makanan 30+ untuk satu main meal. 
untuk buffet breakfast, memang da bomb la. tak menyesal la ambil buffet breakfast.
nasi lemak siap ada kangkung belacan, kerabu mangga pun ada. dah macam hi-tea. 
ada cucur, roti puri, keledek rebus cicah sambal bilis.

kuey teow goreng dan sup, salad, cereals, buah tu macam biasa lah ada semua tu.

untuk bayaran kanak kanak rm20 untuk umur 6-12 tahun. bawah daripada tu percuma.

✅ Fasiliti (Gym/Swimming Pool/Spa/etc)
tak boleh nak bagi bintang. sebab pool tutup masa kami check in. sadis. dalam kereta dah cakap sampai je kita mandi kolam. 10 kali anak tanya mana swimming pool penat nak jawab . gym pun tak try. 

Parking
⭐⭐⭐
Hotel ni kena bayar 4.40 per entry untuk hotel guests. tapi kitorang tak naik kereta pun. sakit hati nanti kalau hadap jem 😂 jalan kaki je pergi sogo, nak naik train pun dekat je dengan hotel jalan kaki tak sampai 5 minit . kedai makanan banyak ye kat depan hotel ni. 

🔵OVERALL STAY
Kalau kolam buka, mungkin lebih happy. disebabkan kolam tutup, kami tanya reception boleh ke nak cancel yang lagi semalam, dia suruh settle dengan trip.com. frust betul bila dia cakap pool tutup sebab masa book hotel memang cari yang ada pool budak

so kita message la dengan cs trop.com
 tapi memang function teruk. diorang memang address problem kita sungguh sungguh . since dia email hotel tak jawab haritu, malam dia reply chat cakap baru je balik dari hotel untuk settlekan masalah ni. wow sampai pergi hotel. tapi kena tunggu esok la nak dapat jawapan hotel. sejam sekali refresh tengok ada update tak. spoil sikit mood. last² esoknya 10 pagi cakap boleh refund semalam (rm 207) walaupun booking sepatutnya non refundable. so ok la kita chow book hotel yang kolam bukak 😂

overall kalau pool buka, memang puas hati sesuai sangat haa kalau nak shopping ke pergi jalan tar ke. habis shopping penat balik hotel tidur . breakfast dahla sedap. design pun memang cun. boleh la korang try, nak staycation ke. tapi tunggu pool bukak la ye esok bukak dah kami je tak bernasib baik 🤭

tapi kalau nak cakap berbaloi, untuk harga boleh dapat 200++ memang sangat berbaloi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama