HOTEL MUARAR 99 Muar, Johor.
Hotel Bersejarah di Muar😉
Tarikh Check In : 10-12 Disember 2022
Harga : RM120 satu malam
Jenis bilik : Twin Bed Room
Deposit : RM50
Booking melalui direct call ke hotel. Bayar ketika tiba di hotel.
Full Review dekat link bawah ni😉👇🏻
Hai Pekabor kome😬
Tujuan aku stay kat sini sebab nak cari port makan viral mee bandung kat muar. Klu Nak tgk video detail pasal Mee Bandung Viral kat muo boleh klik kat link video ni 👉🏻 https://youtu.be/1pK152-DTAI . Ok berbalik pd hotel..lokasi sgt strategik sebab terletak di tgh2 bandar Muar. Parking kereta kt depan hotel pon boleh, dekat basement pon boleh tapi agak sempit sedikit la (Parking Free). Terus ke lobi, dkt sini la terletaknye segala artifak dan info sejarah muar. Dah mcm muzium dah aku tgk. Dari x tau ape aku trus jadi pandai Sejarah Muar secara tiba2😅. Cafe di lobi masih tutup tapi ada banyak makanan kering buatan org Muar dijual disini. Dekat sini takde Gym dan Swimming pool yer. Ok kita ke bilik pulak. Bilik dia agak luas dan simple jer. Yg penting ada meja kopi, meja make up dan drink ammenities. Tv just ada 3 4 channel jer. Almari open takde pintu. Bilik air pon ok bersih..yg penting ada heater hihi..
Dekat area hotel ada byk jgk port mkn menarik, plg dekat bawah hotel kt sebelah ada restoran kambing bakar, jalan kaki ckit boleh jumpe food court, kedai kopi 434, Mee Bandung Hjh Milah dan bermacam kedai2 yg lain.
Klu kome nak singgah cari makan kat Muar hotel ni memang sesuai utk stay. Harga sangat murah dan berbaloi2👍🏻😉
Semoga review ni memberi sedikit info dan manfaat dekat kome semua.
Jumpe lagi pada Next Review!!
Ree Naa Muarar 99 Hotel