Pening juga kepala fikirkan hotel ni.

Pening juga kepala fikirkan hotel ni. Bayangkan harga RM 80+ (di Agoda, belum termasuk tax) satu malam tapi dapat hotel yang begini 😅

Saya book Alia Premier KLCC (management lain berkongsi dengan Maya Hotel). Parking disediakan pada kadar RM 10/entry tapi oleh sebab kedudukan yg dekat dengan KLCC dan macam-macam tempat, hanya jalan kaki dan pengangkutan awam sahaja. 

Bilik saya ni King Heritage Studio namanya. Lengkap set katil King, kerusi meja, kabinet tv, bilik air dengan rain shower, bath tub, iron, safe box dan semua yg patut ada dalam bilik hotel 4 bintang ke atas yang lain. 

Sangat puas hati. Cuma mungkin kalau dibersihkan dan dilap hingga berkilat terutamanya pintu-pintu kaca dan lantai, lagi best. Tapi dengan harga sebegini, saya memang takde complaint.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama