Hotel: Innside by Meliá Kuala Lumpur Cheras

Hotel: Innside by Meliá Kuala Lumpur Cheras
Date: 14-15 Apr 2023
Harga: RM 358 (Rasa Sayang package termasuk buka puasa buffet dan sahur/breakfast untuk 2 orang)
Bilik: Innside room 
Intro: Oleh kerana cuaca dan suhu kebelakangan ini sangat panas,maka mulalah ada adhoc plan untuk staycation dan ternampak ada promo untuk Innside Cheras. Rasanya ini review pertama untuk hotel ini dalam group ini
Hotel ini baru dibuka bulan lepas (rasanya baru 2-3 minggu), dan hotel pertama Innside by Melia di Malaysia dan hotel kedua rangkaian perhotelan Sepanyol, Melia di Malaysia selepas Melia KL. Hotel ini berkonsep lifestyle hotel maka banyak corner yang sangat instagram-able
Lokasi: bersambung dengan Ekocheras Mall yang dihubungkan dengan link bridge dari MRT Taman Mutiara laluan SBK
Bilik:banyak USB port, pemilihan warna lampu yang agak luar dari kebiasaan I.E ungu. TV channel myTV channel dengan 8 channel dari GD Media(Tak pernah dengar)
Buka puasa: ada dalam lebih kurang 8 hidangan panas,sate,rendang,rojak,noodle soup station,murtabak, ABC/cendol/croffle station , kek,buah,kuih
Breakfast: Lapan hot dish juga dengan cereal,roti,salad,kek,buah,kuih,Teh/kopi,chilled juice

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama