Amari KL hotel review
Hotel ni baru buka tak silap September tahun lepas
Stay utk 2 hr 1 mlm semasa weekand-Deluxe room Ramadhan staycation utk Anniversary.
Pakej Ramadhan staycation termasuk bilik+buffet berbuka puasa+sahur=rm 560 all in
Lokasi: berdekatan dgn garden/ midvalley- boleh jalan kaki shj, ada connecting bridge. Nk pi tempat lain pn boleh sbb mrt dkt je
Bilik- Decent size, luas juga with comfy bed
Parking-Rm 5 per entry. Wish if it could be free😁😁. Kalau asyik keluar masuk, boleh tahan nak bayar parking.
Ramadhan buffet- selection variety juga dari citarasa kampung --> western
Antaranya:
Kari kepala ikan
Ayam opor
Ketam masak berempah
Ayam masak lemak nonya-size udang besar2
Paru berlada
Dan lain2 lagi
Rasa pon sedap utk tekak ni---- lauk2 dia berasa. Bukan 'typical' hotel taste --pandangan sis la ya
Yg paling best sbb x ramai org- tak perlu bersesak/kelam kabut nk ambil makanan. Boleh slow n steady je...😁
Sambil makan dgr live band- gemersik violin yg tidak bingit di telinga
Sahur- bukan buffet- boleh pilih nk oriental ke western. Sbb dh melahap bnyk sgt berbuka, kami pilih menu yg agak ringan (western)
So siapa2 cari staycation dkt dgn mall- boleh consider Amari hotel.
Layanan staff pn baik
Sbb tak ramai org, x perlu tunggu lama nk check in.
Overall mmg puas hati👍👍👍👍👍
Rating: 4.8/5. Kenapa bukan 5/5-kalau parking free kasi 5/5.
Tp nk pergi garden mall leh jalan kaki je or naik mrt nk pi tempat lain
Sekian review jujur.