Percutian tak dirancang
Akibat driver ngantuk n beberapa kali terlelap masa drive dari putrajaya sampai hentian senawang
Tarikh: 10 mac 2022
Tempat: tasik villa international resort ( deluxe with jacuzzi)
Booking thru: agoda
Harga: rm400.68(dengan 4 breakfast)
Parking⭐⭐⭐⭐⭐
Sgt byk. Saya paking dekat dengan tasik. Berhampiran bangunan hotel n lobi
Check-in n check-out ⭐⭐⭐⭐⭐
Sampai dlm pukul 2.50 ptg. Check in Smooth je. Xsampai 10 minit dgn deposit rm200
Utk check out pun sama. Smooth. Xsampai 10 minit n dpt blk deposit rn200
Bilik ⭐⭐⭐⭐⭐
Bilik sangat luas. Ada 2 katil king. Berkarpet sepenuhnya.
Ada balkoni yg sgt luas dan ada juga jacuzzi.
Toilet ada 2. 1 cuma ada sinki n mangkuk tandas. 1 lg dgn mangkuk tandas n tempat mandi. Yang ni ada pintu hubungkan ke jacuzzi
Ada mini fridge, microwave n kelengkapan buat air eh n kopi
Bilik air⭐⭐⭐⭐⭐
Bersih
Lengkap dgn syampu, sabun mandi, berus gigi n ubat gigi, pisau cukur, alatan jahitan, hair dryer
Sarapan⭐⭐⭐⭐
Sbb ramai kn pilih salah 1 antara 2 sesi
Pukul 7 n pukul 9
Sy pilih pukul 7
Banyak pilihan mknn n rs pun ok
Staff⭐⭐⭐⭐⭐
Disambut dgn senyuman manis guard
Check in dan check out diuruskan dgn staff yg softspoken
Saya perlukan plastik sampah tambahan. Just call receptionis n cleaner hantar plastik ke bilik
Swimming pool⭐⭐⭐⭐⭐
Ada 2 pool...pool dewasa n kanak2
Buka dari pukul 8 pagi hingga 7 mlm
Of course anak2 enjoy
Lain2⭐⭐⭐⭐⭐
Ada mcm2 aktiviti spt basikal, bot
Sebelah malam ada pertunjukan air pancut berirama. Kami tgk dr balkoni je
Since kami check in hari jumaat...dinner mlm tu kami beli di pasar mlm dpn econsave lukut. Lbh kurang 10 minit dari hotel
Anak2 happy..kami mak ayah pun happy
Lps ni...akan selalu la check in utk staycation bsama anak2