Staycation doubletree icity shah alam
Tarikh: 4-5 Mac 2023
Bilik: King room (sebagai Honors Gold dapat 1 category upgrade ke King Deluxe room)
Harga: RM 331.78
Booking platform: Hilton Honors
Apa yang berbeza berbanding stay sebelum ini
1. Bath amenity Acca Kappa telah bertukar jadi Crabtree & Evelyn
2. Pen warna biru telah bertukar menjadi pen putih/sama design dengan DTKL
3.Gold/Diamond Honors member boleh menikmati evening cocktail dari jam 4-7 petang
Kejutan tak disangka untuk stay ini ialah:
1. Fire alarm berbunyi namun telah disahkan oleh pihak hotel sebagai false alarm
2. Kebocoran/limpahan air yang tidak diketahui asal usulnya dalam bilik. Pihak hotel mengambil masa yang agak lama untuk datang memeriksa kerana kejadian ini berlaku serentak dengan kejadian false fire alarm
Oleh kerana 2 isu ini, pihak hotel telah menawarkan upgrade ke suite untuk next stay dan pihak Hilton Corporate telah memberikan 5,000 Honors points sebagai penyelesaian
Sekian terima kasih dan jumpa lagi di review akan datang mungkin Ascott Star KLCC kerana tadi saya telah pergi ke MATTA fair yang berlangsung di MITEC dan pihak Ascott menawarkan tawaran yang agak menarik (1 bedroom Deluxe RM288+, 1 bedroom Executive RM298+) maka saya telah membeli pakej tersebut