Review tak berbayar menginap di hotel terbengkalai 😆
Hotel Bertam Resort & Waterpark 2D1N
Book melalui agoda RM292.75 with breakfast for 2 (Tq husband belanja 😘)
Kids (4-12yo rm30) cashless payment di kaunter restoran
Sepatutnya kami semua nak main Bertam waterpark pada waktu malam lepas check in tapi bila check di kaunter, rupanya malam dah tak ada (distopkan buat sementara waktu atas alasan bekalan elektrik tak stabil - ada kawasan dalam waterpark asyik blackout je) 🥹🥲
Pihak pengurusan sepatutnya update di med soc pasal perkara ni sebab minggu lepas masa kita call, cakap waterpark waktu malam on je 😤 kesian anak tak boleh main waterpark.
Kenapa kami tak nak main siang? Orang utara mesti tau la ni dh start musim kemarau..Panaih lit lit.. tak sanggup nk tanned kan kulit lagi 🤪 tara p bukit merah yang dikelilingi pokok merimbun pon panas..ni apatah lagi.. dengan pokok apa pon tak ada 😂
Rating
1) Bilik 4⭐️
kami bagi sebab finishing bilik tak 100% ready occupied (siap ada exposed wire kot bawah kabinet dkat TV tu) kalau ada anak kecil, mmg big No No. Kalau ikut sop hotel pon, memang salah.
2) Hotel 5⭐️
Dekat hotel ni banyak tempat OOTD. Siapa yang suka ambil gambar mmg sesuai sgt check in hotel ini 😂
Ada playroom ( snooker + pool + foosball). Ada juga library. Ada kidsroom. Ada gym.
Kolam dia best. Luas. Tak masuk waterpark pon dah ok sebenarnya. Anak berendam dari petang sampai maghrib.
Esoknya lepas sarapan, anak sambung lagi main kolam sampai jam 11pagi 😆
3) Sarapan:
Selection sarapan 4⭐️. Taste 3 ⭐️
Boleh la makan 😁 tapi rasa dia biasa2 sahaja sebab breakfast di hotel lain lagi sedap.
Yang on point sedap : roti canai + japanese omelette + sandwich telur + cafe latte
Makan buah honeydew rasa tanah.. First time makan makanan yang terpaksa diluahkan semula..apa kes? 😵💫
Overall:
Rating 3.5⭐️ (hotel still bawah renovation..dok bunyi drill memanjang & ada finishing yang tak cantik..turn off betul..QC tak buat kerja ke eh? 🤪)
Siapa nak merasa duduk resort pertama di Bertam, boleh la check in kat sini.. tak ada hantu 👻 ya..kami lena tidur sampi ke pagi..
Boleh book melalui agoda ataupun website hotel. Harga tak lari banyak mana pun. Di website hotel, ada pakej sekali dengan waterpark. Tak silap kalau ambil pakej dgn hotel, boleh multiple entry ke waterpark.