Private pool dekat Selangor harga tak smpai RM600/night? 😱😱😱
Kali ni kami berkesempatan menginap di Teduhan@langat
Tak sangka ada tmpt secantik ini dkt Selangor (hulu langat)
Birthday treat dari suami
Kami book pon hari yg sama kami nak pegi
Nasib kami baik ada bilik kosong
kasturi nama biliknya
Sebenarnya bukan bilik
Lebih kepada cottage ala2 chalet
Cottage ni dibahagikan kpd 3 ruangan
Ruang tamu kecil siap tv / netflix
Ruang bilik tidur
Ada 1 katil queen + 1 single bed sesuai dgn kami 5 beranak
Attached with bathroom
Bilik air siap water heater 🤩
Dan ruang verandah 🌿
Tempat santai2 sambil hirup udara segar
Yang menariknya
Kasturi ni dilengkapi dgn private pool!!!
Sambil bersantai di verandah boleh tgk anak2 swimming
Selain dri tu ada river access tau
Hanya sebelah blik je ada jalan ke sungai
Sungai pula depan pool je
Mmg seronok
Sambil mandi manda bersantai seisi keluarga
telinga dialunkan bunyi2 hutan dan bunyi air sungai yg cukup menenangkan
💵 harga
Per night hanya RM525 to be exact
Harga siap dengan sarapan tau
Sarapan pulak sgt mgenyangkan
Pihak resort hidangkan nasi lemak, bihun gorng, roti bakar, kuih muih, teh dan kopi panas
Ringkas tapi cukup sempurna
Oh ya security deposit RM210 juga diperlukan jgn risau akan dipulangkan dlm masa 2 hari selepas checkout 😘
🧗🏻 aktiviti
Mcm2 boleh buat kat sini
Ada atv , flying fox dan mini zoo!!
Suka betul si bongsu dpt tgk angsa
🏊🏼♀️ main pool die sgt besar
Siap ada jakuzzi
Ada pool utk kanak2 dan water bucket
Slides die ada 3
Masa kami dtg yg paling panjang tu mcm tgh dlm maintenance so xnaik lagipon seram tgk panjang nau 😂
naik slides yg kecik pon da seram sbb mluncur laju 😜
Sblum kami balik sempat bbq
Bbq pit disediakn stiap bilik
Bawak la siap2 kambing perap korang tu dri rumah 🤣
Overall sis bg ⭐️⭐️⭐️⭐️/5
Tolak 1 bintang atas faktor kebersihan
Celah2 kayu dan tingkap berhabuk
Mangkuk dan sudu yg disediakn msih ada kotoran
Harap pihak resort dpt tingkatkn kebersihan
Lagi 1 sungai kt situ berbau dan keruh
Lps mandi gatal2 badan nasib mandi sekejap je 😅
Yg lain no issue
Kalau tanya na pegi lagi x? Of course nak!