Percutian di Novotel Taiping, Perak sempena cuti sekolah + attend wedding rakan sekerja + surprise birthday celebration emak.
Booking platform : Agoda
Rate satu malam : RM222.50 (termasuk taxes + sarapan untuk 2 pax)
Jenis bilik : Premier twin
Perbezaan premier & superior room : Premier room menghadap partial lake view dan Bukit Larut. Superior room menghadap city view. Keluasan sama saja.
Check in : 4/6/2022
Check out : 6/6/2022
Total stay : 3D2N
1️⃣ Check in ⭐⭐⭐⭐⭐
• proses check in smooth dan cepat
• Deposit : tiada deposit
• Full payment dengan Agoda 3 hari sebelum check in (saya book 2 bilik utk 2 malam)
• Extra bed RM84.50 satu malam (termasuk taxes + sarapan). Bayaran extra bed semasa check in.
2️⃣ Bilik ⭐⭐⭐⭐
• Berkeluasan 31m² & bersih
• Toilet bersih
• 2 katil twin. Satu bilik saya request extra bed jadi sempit sikit. Tp masih ada ruang untuk solat.
• View Bukit Larut & Taman Tasik Taiping yang mendamaikan
• Bilik dilengkapi dengan safe deposit box, iron with ironing board, hair dryer, mini fridge, toiletries, amenities serta coffee & tea making facilities with mineral water.
• Hanya bath towel dan bath mat dibekalkan. Tiada hand/face towel dan bathrobe.
• bilik kami di tingkat 10 berbau busuk rokok 🤢🤢. Saya dimaklumkan oleh housekeeper tingkat 8 & 10 adalah SMOKING FLOOR. My bad!! Saya lupa request NON SMOKING room masa buat tempahan. Sbb sampai pun dah malam (stuck kat highway lebih 8 jam dr KL ke Taiping hari tu), malas + tak larat nak request tukar bilik. Hadap je lah.. Mujur ada travel diffuser. Saya diffuse EO sepanjang masa utk hilangkan bau rokok.
3️⃣ Facilities ⭐⭐⭐⭐
• swimming pool dewasa dan kanak-kanak. Tak menarik dan mcm tak berapa nak bersih sangat pada pandangan saya. Kami tak guna pun. Tengok dari bilik saja. Haha..
• free parking utk hotel guest di tingkat 6. Perlu validate parking kupon di reception sebelum keluar.
• free wifi 📶 tp kami tak guna pun sbb signal maxis & unifi mobile kuat je kat Taiping ni.
4️⃣ F&B ⭐⭐⭐⭐⭐
• Breakfast spread di Food Exchage : limited tetapi sedap
• In room dining (dinner) : Pilihan agak limited juga tapi memadai. Yang penting portion just nice dan sedap 😋😋
5️⃣ Staff ⭐⭐⭐⭐⭐
• Polite & accommodating. Dari front office, ke housekeeping, ke Food Exchange staff semuanya local dan sangat friendly.
6️⃣ Lokasi ⭐⭐⭐⭐⭐
• sangat strategik!
• walking distant ke Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Muzium Perak.
• banyak tempat makan menarik dan sedap berdekatan Novotel. Boleh jalan kaki saja.
• Yong Tau Foo belakang bomba yg famous tu betul² depan lobby hotel. Tp tak berapa kena tekak saya 😅. Food court Larut Matang belakang hotel je. Boleh try Mee Combat (mee goreng mamak), Omar Mamak Popiah & Kadir Pasembor kat situ. Doly Kuey Teow pun sederet dgn hotel.
7️⃣ Check out ⭐⭐⭐⭐⭐
• simple & easy
✅ Kesimpulan :
• saya akan ke sini bila dtg ke Taiping lagi. Next time saya tak akan lupa request NON SMOKING ROOM/FLOOR! 😆😆
• love the location! Sangat² convenient
• highly recommend to everyone 💯%
#taiping
#novotel
#novoteltaiping