HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Review Stay Kembara Raya May 2022.

HOTEL PERDANA KOTA BHARU
Taraf hotel 4 ⭐️⭐⭐️⭐️

Percutian cuti raya saya rancang ke Kelantan, dengan kembara dari Utara ke Selatan dan juga ke Pantai Timur dgn menaiki keretapi iaitu ETS dari Butterworth ke Gemas, kemudian menaiki KTM Ekspres Selatan ke Kluang Johor dan singgah transit bermalam disini sebelum ke Wakaf Bharu Kelantan dengan KTM Ekspres Rakyat Timuran.

Pengalaman perjalanan dgn perkhidmatan keretapi KTMB Ekspres Rakyat Timuran dari Station Kluang Johor, pd jam 11.44mlm 7hb, dan tiba di Station Wakaf Bharu Kelantan pd jam 03.25ptg 8hb. Memandangkan perjalanan yg agak lama dan mlm jd sy memilih koc tempat tidur, pilihan katil di bahagian bawah kerana lebih luas dan selesa. Rasai pengalaman.

Dari Station Wakaf Bharu terus book GRAB terus ke hotel. Perkhidmatan GRAB disini agk lambat hampir 20-30min baru dpt, itu pun setelah 3 book, satu book sy cancel sbb jauh, satu lg driver pula call sbb nk hantar cus yg ubah lokasi yg jauh pula. Jd kena perlu bersabar. Alhamdulillah setelah hampir sejam baru dpt juga GRAB, tu pun kebetulan ada drop kt sini.

Mungkin dh ada review tempat ni. Review sy mungkin berbeza dari segi harga, jenis bilik, hiasan dalaman dan pandangan bilik.

Selamat Datang ke HOTEL PERDANA KOTA BHARU, KELANTAN.

LOKASI:
Jalan Mahmood, Kota Bharu Kelantan Darul Naim 

TARIKH & HARGA: 
Date 08 May 2022, 1 night.
Platform Trip.com RM250.++*.

DEPOSIT:
Daftar masuk selesa. Deposit RM100 diambil kepada sy*.

JENIS BILIK:
Tempahan bilik Premier Classic, Pool View. Termasuk sarapan.

REVIEW
Dari seberang jalan kelihatan hotel mewah dgn senibina yg cantik, rasa seronok lah setelah perjalanan yg jauh dan penat pun rasa sedikit pudar. 

Memasuki ke lobi pintu utama, pintu kaca automatik terbuka mengalukan kedatangan. WOW dgn kelihatan mewah dgn rekabentuk dalaman lobi, cantik kemas dan bersih. Staff dgn senyuman dtg menyapa. Ruangan menunggu lobi yg panjang. Ruang siling yg tinggi. 

Terlihat beberapa lampu gantung chandelier yg menarik dgn lantai kemasan marmar yg cantik kelihatan mewah, begitu juga perabot dan senibina dekorasi dalaman yg cantik dari gabungan klasik traditional dan juga moden. Air minuman Selamat Datang disediakan, boleh la minum utk menghilangkan sedikit kedahagaan. 

Staff pendaftaran mesra dan jelas memberi penerangan. Diberikan 2 kad ekses utk bilik. Staff juga baik hati dgn menunjuk arah ke bilik. Ramai staff yg peramah dan membantu. Teruskn perkhidmatan anda yg baik itu. Terima Kasih. 

Bilik bersih kemas dan luas dgn dekorasi perabot kayu yg agk klasik tetapi menarik. Lantai dibhgian katil dikemaskan dgn permaidani lembut. Katil dan bantal lembut dan selesa. View bilik adalah kolam renang, sangat cantik dgn cermin yg besar. 

Bilik dilengkapi dgn penghawa dingin,sofa, meja cermin juga kerusi,Wifi, kerusi, peti sejuk, jug pemanas air, set teh gula kopi, air botol mineral, seterika/papan, sejadah, slipar bilik, almari gantungan baju dan TV.

Bilik mandi suites selesa dan bersih. Bilik air dilengkapi juga pancuran air panas dan sejuk. Tekanan pancuran air mandi panas yg laju dan best. Amenities seperti sabun mandian badan dan rambut disediakan. Dua tuala mandi yang bersih juga tersedia. Hair dryer juga terdapat di dlm bilik air.

Kolam dan gym diaras G, bedekatan dgn Anjung Terrace dan Cerana Coffee House. Tuala bersih disediakan.

Sarapan diaras G, iaitu di Cerana Coffee House. Hidangan secara buffet. Bermacam hidangan masakan juga kuih muih citarasa pantai timur. Makan lah sepuas hati selagi boleh. Semua bg saya sedap dan puas hati. Sebenarnya tak reti nk mkn, tetapi cuba sedap hehe.. Nasi dagang cara sy, buh campur dgn lauk nasi kerabu hehe.. Tp serius sedap ikan itu sekali dgn ayam panggang mkn bersama nasi dagang. Maaf la ya.. 

In room dinning pun hotel sediakan. Hanya buat panggilan telifon ke cafe, dan buat lah tempahan makanan pilihan, boleh pilih di menu yg disediakan. Servis baik siap hantar dan hidang. Masakan pun sedap, harga tak la mahal, janji puas hati. Terima kasih menghantar makanan hingga ke meja bilik. 

Kenapa sy memilih hotel ini?
Menjadi pilihan merasai pengalaman dan perkhidmatan hotel bertaraf 4 bintang pertama kali di Kelantan. Bilik mengadap pool yg menarik perhatian. 

Overall 4.5/5 🏅🏅🏅🏅

Recommended * bagi penginapan utk semua. Terima Kasih. Berbaloi. Akan menginap lg disini. 

#rewardyourselfnuatz #noirmail #perdanahotelkotabharu

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama