Family trip ke Utara - Di Perlis, kami telah memilih My Home Village sebagai tempat penginapan

3.3.2023 - 5.3.2023

Family trip ke Utara..
Jarang² orang memilih Perlis sebagai tempat bercuti.. Best.. 

Di Perlis, kami telah memilih My Home Village sebagai tempat penginapan.. 

Direct booking dengan owner. RM160.00 untuk satu malam utk standard room. Kami ambil 2 malam utk 4 bilik. Deposit semasa booking di perlu kan, RM100 utk setiap bilik.

Check in jam 1430hrs, check out 1230hrs.
Proses check in sekejap aje, kita kena selesaikan balance utk harga bilik..cash atau online transfer. Belum ada kemudahan pay wave atau QR code. Slps selesai pembayaran, terus dapat kunci.

Harga bilik termasuk sarapan pagi. Normal sarapan..ada nasi lemak, mee goreng, nasi goreng,kuih-muih, teh o dan kopi o panas.

Waktu sarapan pun ok..start 830am, so kita tidak lah terkejar² utk keluar sarapan seawal selepas subuh.

Jarak ke swimming pool pun dekat, ada bilik yg berhadapan dgn swimming pool, tapi kami prefer yg jauh sedikit.. Tak nak suasana bising sangat. Swimming pool sampai 11pm.

Bilik selesa, semua kemudahan asas ada. Termasuk sejadah, tv, mini bar, hanger, ampaian baju. WC pun berfungsi dengan baik. 
Bilik pun agak besar..namun jika perlukan extra mattress, ada charge ya.

Dalam best..mesti ada tak best... 1st sarapan kami tak dapat..sebab mkanan habis. Kami pergi ke dewan makan jam 8am..semua sold out..dapat sekeping kueh aje.. Pastu pekerja cakap..kena mai awai.. Kalau tak hbs. Mcm krik..krikk jap.. Pukul 7am kami keluar bilik dewan makan blm buka.. Pergi pkl 8am..habis.. Entah siapa yg salah..ku tak tahu..

Tp small matter lah..kita terus highligt pada owner.. Esok nya kami dpt sarapan.. 

Overall, homestay ni mmg recommended.. If korg ada trip ke Perlis.. Boleh consider this place. Tempat tenang je... Sekeliling ada sawah padi.. Parking space pun luas, kami parking depan bilik je 😅.. Easy access utk keluar berjalan..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama