Evergreen Laurel Hotel, Penang.
Lokasi terletak di Gurney Drive. Memang meriah..
Booking : Trip.com
Harga : RM220++ (ada voucher)
Jenis bilik : Superior city view. 2 katil single termasuk breakfast.
Bilik : A+++
Kami tambah RM30 untuk dapatkan seaview. Tapi..tula.. takyah tambah pun takpe.. lautnya terlindung dengan pokok2 dan jauh sbb tgh projek tambak tepi laut. So view takdela cantik..
Bilik luas, ruang solat takde hal.
Lengkap semua kemudahan termasuklah free air tin, air mineral, gula-gula..
Paling penting, bersih. Memang bersih. Bantal je.. kene pakai 2 bantal baru ngam selesa. Ada extra bantal dalam almari.
Bilik air pun lengkap semua. Cuma toilet bowl dia takde paip.. tapi ok saja sebab air pancutan tu sangat tepat. Boleh laras2 tahap pancutan air tu.. so takde masalah.
Ada bathtub. Amik wuduk nak basuh kaki guna shower.. so ok ja..
Kemudahan : A++++++
Saya suka sangat sebab ada khas kolam jacuzzi air panas dan air sejuk untuk wanita. Taktaula belah lelaki ada ke tak.. tak check pulak. Boleh pakai start 7pagi - 10malam.
Dan paling best takde orang pun.. berendam sorang2 dalam air panas sambil dengo lagu sentimental.. nyaman..
sauna dan steam bath room berfungsi bagus.. deme dah settingkan siap2.. terus masuk je..
Umur 18tahun ke atas je dibenarkan untuk ruangan ni..
Kids room dia pun best. Bukak sampai 10mlm jugak. Macam-macam mainan. Anak-anak dok ralit main situ..
Pool outdoor dia biasa saja..tak dalam sgt. kerusi rehat banyak. gym pun lengkap..
Breakfast : A +++
Pelbagai variety.. tapi menu standard la hotel. Takde yang unik. Saya tak makan main menu dia.. nasi lemak, rendang, mee goreng, roti canai. So no comment. Tapi sides dia banyak.. kenyang makan yang tu ja..
Cafe luas dan cantik.. tak sesak. Agaknya sbb ari rabu kot..
Kesimpulan.. walaupun hotel ni hotel lama.. tapi semua terjaga dengan baik. Cantik. Kemas. Bersih. Pasu-pasu oriental djadikan hiasan, menarik.
Parking mudah dan banyak. Parking bertingkat.
Kedai makan luar, jarak jalan kaki je..