Hi semua 😍😍😍
Ok..maaf ya arini saya bukan nak share pasal hotel.. Tapi nak share review homestay yang kami pergi utk 3h2m di sabak bernam, sungai besar. Tak lah jauh sangat.. Dari kl dalam 2 jam camtu lah.. 😂
Bagi yang nak merasa back to nature dan suasana kampung.. Yg macam kami takde kampung nih🤣🤣 boleh lah bawak anak-anak ke sini. Memang berbaloi..
Sorry coretan ni panjang.. Tapi insyaallah berbaloi utk korang kalau nak pergi sini nanti. Even utk buat family gathering nanti. Kami pilih waktu padi belum tuai lagi.. Baru dapat view yg santekkk.. Bagi yang nak merasa time menanam padi pun boleh..
Kami pilih utk masak di sana. Sebab nak rasa ala-ala kampung makan bawa pokok kepala mengadap tepi sawah padi kan.. Tak nak masak pun takpe.. Situ pun senang nk cari makan.
Waktu check in dekat sini jam 2.30pm..tapi kalau takde orang, kita blh check in awal. Kami check in kul 12.30pm.
1st time pergi sini jadi kami booking rumah Semi-D no 6.. Sesuai lah utk kami 6 beranak. Ada 2 bilik + ada 1 tilam single boleh tidur di ruang tamu. Ada kitchen + 1 stove electrik/dapur gas. 1 bilik air. Rumah yang atas air adalah rumah semi-d, chalet dan rumah kecil.
Nak lagi best pilih rumah kecil single.. Tapi haritu kami pergi dah full booked. Insyaallah utk repeat next time akn ambik rumah kecil dan buat bbq malam hari nya. Dan kalau nak buat family gathering boleh ambik rumah besar. 3-4 family blh duduk skali.. Kalau utk keluarga yang besar boleh ambil rumah besar. Complete semua.
1st kami register macam biasa..pengurusan di sana memang terbaik. Owner pun bagus n peramah.. Staff diaorg nama Dila akan bantu kita kalau perlu kan apa²..
Korang boleh booked basikal awal utk anak-anak main waktu pagi & petang. Better ambil utk harian..bukan jam. Bagi yang nak anak merasa memancing ikan di kolam n di sawah booked siap² joran. 2 joran + 1 bungkus umpan RM10 je. Air kelapa fresh dari pokok 2 biji rm5.
Dan bagi family yg besar korang boleh bawa carrom, chess dan lain² utk aktiviti tambahan.
Bila dah sampai di sana.. Korang wajib kena pergi Laman Tebu Aidil. Buka jam 2.30pm - 7.30pm.. Boleh bergambar di situ.. Jangan pergi lewat sangat sbb makanan dia cepat habis. Menu makan petang dia sempoi je tapiiiii bila masuk kat tekak tu shedapppp.. dan murah. Ada laksa, nasi impit, nasi lemak, air tebu dan macam² lagi lah.
Kalau yg jenis suka berjalan n bergambar boleh singgah dekat pasar jerami sekali. Nanti korang boleh google je.
Dah habis bercuti dekat sini otw nak balik boleh singgah sekinchan utk mkn tengah hari.. Ataupun singgah jeram..
Ok.. Review selebihnya kita tengok gambar² dan aktiviti di bawah ok. Baru korang akan dapat gambaran n boleh plan nak buat apa sebelum pergi nanti.
Nama tmpt : D'sawah Bendang Homestay
Sblm dtg kna booking dlu.. 011-52517879
Semi-D : RM180/per night.
Harga rumah² lain boleh tengok page diaorg.
Joran : 2 batang + umpan = rm10
Basikal : single rm5/jam
Basikal : double & baby rm10/jam...