Chalet Taman Eko Rimba Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu

Chalet Taman Eko Rimba Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu | 17-18 Mac 2023
Check in: 3.00pm (tapi boleh request awal around 12pm cmtu)
Check out: 12.00pm
Jenis penginapan: Chalet Kayu (tepi sungai)
Harga: Rm80/night

Cara Booking: Directly WhatsApp petugas hutan lipur sekayu (nombor ada di gambar). Pembayaran buat semasa nak checkout. 

Jika menginap di chalet, kenderaan boleh dibawa masuk. 

Chalet berbentuk rumah 1 bilik. 1 katil queen 1 katil single. Chalet Kayu ade bahagian dapur & sinki. Bolehlah mak-mak prepare bahan masak/bbq di situ. 

Chalet bersih dan kemas. Ada port bbq (sila bawa jaring sendiri) di tepi chalet, ada meja & kerusi batu unt duduk makan/santai bbq.

Ramai yang amek chalet tapi bukan untuk bermalam. Tarikh saya pergi tu hanya 3 rumah penginapan yang bermalam. Siapa nak healing dengar deruan air waktu malam, sesuailah hehehe.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama