Selamat berhujung minggu di hari pertama bulan Oktober 2022.
Ada waktu free ni, sis share sedikit review untuk hotel Bayview Hotel di Penang.
Seperti sedia maklum, Bayview hotel ada 2 di Penang. 1 di Georgetown dan 1 lagi di Batu Feringgi.
Yang menarik di Bayview Georgetown, ada Restoren berputar 360°. Sesuai untuk jamuan hi tea dan dinner atas tu. View dan decoration cantik. Swimming pool biasa2 sahaja. Bilik besar tapi perabot lama.
Bayview Beach Resort batu Feringgi terletak di sebelah Hard Rock Hotel. Dah hujung2 hampir dengan rumah penduduk. Hotel ni pun agak lama, tapi terjaga kebersihan. Harga pun tak lah semahal hotel ternama di feringgi yang lain. Harga paling murah dalam RM 350++ siap breakfast.
BILIK
-Bilik besar, dalam toilet ada bathtub. Ada balcony juga, boleh la layan angin pantai dari bilik kalau dapat bilik seaview. Nak lagi best, request untuk high floor. Macam kami ni bilik seaview tapi tingkat 3, nampak bumbung yang lebih.😆
SWIMMING POOL
-Yang best kat sini view di garden dan swimming pool.
Pool besar dan banyak. Ada pool untuk baby, pool dewasa, dan play pool. Pool untuk meditation pun ada. Memang puas la mandi. Tu belum masuk mandi kat pantai lagi.2 hari pun rasa tak cukup.😄
GARDEN
Seperti hotel2 lain di pesisir pantai batu Feringgi, pemandangan luar semua sangat menarik. Yang ni tak banyak beza dari hotel tepi pantai yang lain yg saya penah pergi. Garden yang tenang, sejuk mata memandang kehijauan pokok2. Banyak canopi dan seat untuk berehat sambil menikmati bunyi ombak. Boleh order makanan dan air kelapa juga.
Paling syok ada urutan reflexology Thai kt garden tu. Open ja dia buat.
BREAKFAST
Ada banyak juga pilihan. Standard hotel biasa, tiada yg luar biasa untuk diulas. Tempat breakfast bersih, hadap pool.
Keseluruhan saya boleh bagi 4⭐ untuk hotel ni. Sebab saya suka pool dan garden dia. Yang lain biasa saja. Sekian review jujur dari saya.
Hotel tepi pantai di Batu Feringgi dan Tanjung Bungah mengikut urutan paling best bagi saya:
🌊 Parkroyal Penang Resort
🌊 Shangri La-Golden Sand, Penang
🌊 Hard Rock Hotel Penang
🌊 Doubletree Resort by Hilton Penang
🌊 Bayview Beach Resort Penang
🌊 Hompton by The Beach
🌊 Flamingo Hotel by The Beach
🌊 Rainbow Paradise Beach Resort( sebelum viral berhantu👻)
🌊 Hotel Sentral Seaview Penang
Next target to stay : Shangri La Rasa Sayang. Kami pernah lunch di sana, memang awesome! Tapi disebabkan harganya tu, tunggu "Special Day" la baru leh stay.🥳